Sunday, March 21, 2010

Cerita Dari Jeddah 1 - Orang Melayu Di Mekah

Bersama Ustaz Shukri di rumahnya selepas makan tengahari

Assalamualaikum w.b.,
Sdr/i yang dikasihi,

Khamis dan Jumaat (11 dan 12 Mac 2010) lepas Alhamdulillah Allah swt izinkan saya sekeluarga sekali lagi ke Mekah buat umrah. Kali ini Ustaz Shukri Bosar yang lahir dan tinggal di Mekah datang ambil kami di rumah di Jeddah dan bawa ke Mekah. Beliau ialah salah seorang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu Mekah, berketurunan dari Patani. Mengikut beliau, di Mekah terdapat lebih kurang 10,000 orang Melayu. Kebanyakan mereka adalah dari Malaysia dan Patani. Generasi pertama ibu bapa mereka dahulu datang kerana mahu belajar agama. Generasi kedua, seperti Ustaz Shukri ini, sebahagiannya menjadi profesional. Ustaz Shukri sendiri misalnya bekerja dengan syarikat talipon Nokia.

Namun begitu, sebahagian besar mereka, terutamanya generasi pertama, hidup dalam keadaan ala kadar. Mereka datang untuk belajar, bukan untuk cari harta. Jadi mereka hanya mencari rezeki secukup makan sahaja, misalnya dengan bekerja yang berkaitan dengan pengurusan jemaah haji dan umrah. Ini membawa masalah kepada anak-anak mereka. Generasi kedua ini, setelah habis belajar di peringkat Tsanawi tidak boleh lagi menyambung belajar ke Universiti. Dasar Kerajaan Saudi Arabia tidak membenarkan `orang luar' (walaupun lahir di Saudi Arabia) masuk universiti kerana bilangan universiti adalah terhad. Di Mekah misalnya hanya ada Universiti Umul Qura manakala di Jeddah hanya ada Universiti King Abdul Aziz. Untuk rakyat Saudi sendiri pun tak cukup. Untuk belajar di luar Saudi Arabia, generasi kedua orang Melayu ini tidak berkemampuan.

Selain itu, cabaran aliran agama pun agak besar juga. Generasi pertama orang-orang Melayu dari Malaysia dan Patani ini datang belajar awalnya dengan ulamak-ulamak tradisional yang sealiran dengan alam Melayu. Tetapi generasi kedua mereka terdedah dengan fahaman Wahabi, sama ada di sekolah atau di tempat-tempat pengajian.

Ini adalah dua masalah yang cuba diatasi oleh Persatuan Pemuda Melayu Mekah.

Bagi pendidikan, mereka berusaha mencari sponsor untuk hantar generasi kedua ini belajar di luar Saudi Arabia. Setakat ini ada beberapa orang dari mereka sedang belajar di UIA dan Kolej Universiti Insaniah di Malaysia, Jerman dan sebagainya. Hampir kesemua mereka belajar dalam aliran profesional, bukan dalam bidang agama seperti ibu bapa mereka lagi. Saya ada juga bincang-bincang kalau-kalau boleh kita tolong bawa mereka belajar di USM amnya dan di ISDEV khususnya.

Bagi aliran agama, Persatuan ini kerap mengadakan majlis-majlis pengajian dan dakwah bagi memberikan pendedahan yang lebih luas kepada generasi kedua ini. Ustaz Shukri sendiri, walaupun seorang profesional, tetapi rajin menadah kitab dengan ulamak-ulamak besar di Mekah dalam pelbagai bidang. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang dinamik. Beliau menyewa sebuah bangunan empat tingkat di Azaziyah yang lebih kurang 5 minit saja perjalanan dengan kereta ke Masjidil Haram dengan harga lebih kurang 300,000 Riyal setahun. Beliau bersama isteri dan 3 anak serta satu keluarga adik iparnya tinggal di tingkat empat bangunan tersebut. Tingkat-tingkat lain disewakan. Setiap musim haji rumah itu disewakan kepada jemaah haji, terutamanya dari sebelah negara-negara Telok. Beliau sekeluarga berpindah ke rumah ibu bapanya manakala penyewa-penyewa yang lain berpindah ke tempat-tempat lain yang lebih sesuai.

Atas usahanya ini, beliau hidup dalam keadaan selesa dan boleh memperjuangkan nasib pemuda-pemuda Melayu di Mekah dengan lebih berkesan. Setiap hari kerja, beliau keluar bekerja awal pagi dan balik tengah malam. Kadang-kadang beliau kena menyelesaikan kerjanya dan kadang-kadang beliau pergi belajar agama atau menganjurkan aktiviti-aktiviti akademik dan kesedaran untuk orang-orang Melayu Mekah. Pendeknya beliau sentiasa sibuk untuk perjuangannya. Namun begitu, beliau tidak lupakan keluarga. Setiap hari Khamis diperuntukkan khusus untuk isteri dan anak-anaknya.


Bersama Ustaz Shukri dan anak-anaknya di hadapan kediaman mereka

Ketika beliau datang ambil saya sekeluarga untuk ke Mekah Khamis itu, beliau membawa isteri dan anak-anaknya bersiar-siar dan membeli belah di Jeddah. Anak-anaknya pandai cakap Melayu walaupun seperti Ustaz Shukri sendiri, mereka lahir di Mekah. Di luar rumah dan di sekolah anak-anaknya cakap Arab, tetapi di rumah mereka jadikan amalan bercakap Melayu. Ustaz Shukri dan isterinya (juga berasal dari Thailand) walaupun faseh bercakap Arab, tidak akan melayan anaknya bercakap Arab jika di rumah. Mereka mesti bercakap Melayu. Saya terlupa tanya sama ada Ustaz Shukri sekeluarga juga boleh berbahasa Thai.

Saya sebenarnya sudah lama berminat nak tahu tentang keadaan orang-orang Melayu di Mekah ini. Malah saya pernah berfikir-fikir nak buat kajian tentang mereka. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, sekarang saya telah Allah swt perkenalkan kepada mereka. Muga-muga perkenalan ini akan berpanjangan dan membuahkan sesuatu yang diredhai Allah swt, InsyaAllah.



Wassalam,
Syukri

9 comments:

  1. salam,saya teringin sekali menetap dimekah ada peluang ke.kalau ada bagaimana caranya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    saya dari UTM, Skudai, Johor...
    boleh saya dapatkan no telefon atau email ustaz shukri?
    sy sdg mencari keluarga yg tinggal di mekah utk sbg tmpt utk kami kunjungi utk Program Kembara Ilmu Menjejak Bumi Anbiya yg dianjurkan oleh kolej kami...

    terima kasih...

    sy sertakan alamt email saya..

    domino_mind21@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Saya mohon share entri ini di blog saya ya. Saya dalam proses mengumpul maklumat untuk anak belajar di Mekah. Dia sangat berminat untuk ke sana.

    Diharapkan Allah membantu dan meredhai hasrat tuan untuk membuat kajian lebih mendalam tentang orang-orang Melayu di Tanah Suci Mekah itu. InsyaAllah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    terima kasih Tuan atas perkongsian pengalaman yang beharga ini
    teringinnya saya nak duduk di Mekah
    ramai orang Melayu di sana,kan

    ReplyDelete
  5. salam..boleh bagi no tel dan alamat email ust shukri...ni email saya ..myshani@gmail.com...saya nak g umrah bersama kelaurga

    ReplyDelete
  6. Assalam. Boleh saya dapatkan no tel dan alamat ustaz shukri juga. Saya teringin untuk menunaikan umrah bersama keluarga sepertimana saudara. Email saya aza_msia@yahoo.com. Sy dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalmulaikum w.w ,,, ucapan terima kasih ke prof.mohd shukri untuk RESEARCH ini yang saya memang gambira waktu jumpa prof.mohd shukri. Juga minta maaf kelewatan jawab2 e-mail prof. Special dalam blog ini.
    Sebabnya kelewatan jawapan , study dan buat PhD dalam bidan saya , juga macam prof tersebut dengan kirja dan comitty dan famili .

    Dengan siapa 2 suka brhubung dengan saya bulih , juga yang siapa na jumpa atau perlu maklumat atau tudung apa bulih insyallah dengan e-mail shu.bosar@gmail.com. ,, terima kasih sekali lagi ke prof MOhd shukri dan harap jumpa lagi ..

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum,syukur ke hadrat illahi tuan diberi rezeki pengalaman menjejakkan kaki ke tanah suci,saya juga berharap dapat ke sana,
    boleh tolong berikan saya contact no ustaz shukri di benzaqilla@gmail.com,moga Allah balas jasa tuan,terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,syukur ke hadrat illahi tuan diberi rezeki pengalaman menjejakkan kaki ke tanah suci,saya juga berharap dapat ke sana,
    boleh tolong berikan saya contact no ustaz shukri di benzaqilla@gmail.com,moga Allah balas jasa tuan,terima kasih

    ReplyDelete