Thursday, December 06, 2012

Dari Meja ABI: November 2012


Sebahagian daripada jawatankuasa ABI telah menyertai Kem Pembangunan Insaniah anjuran MISDEV11 dengan kerjasama ISDEV pada 16 hingga 18 November 2012. Mohd Syakir Mohd Rosdi (Presiden ABI), Azrin Ibrahim (Bendahari) dan Shahir Akram Hassan (Biro Tarbiah & Kerohanian) serta Wan Norhaniza (Biro Multimedia) telah bertindak sebagai pengulas bagi aktiviti yang dijalankan dalam kem ini. 


Kem yang dijalankan di KEDA Eco-resort, Bendang Man, Kedah Darul Aman ini turut dihadiri oleh Pengarah ISDEV, Prof. Muhammad Syukri Salleh, Timbalan Pengarah ISDEV, Dr. Zakaria Bahari dan penasihat program, Dr. Mohd Shukri Hanapi.



Berhasrat untuk mengaplikasikan teori yang telah dipelajari, kem ini memuatkan pelbagai ujian praktikal melibatkan pengucapan awam, penyembelihan dan pengurusan jenazah.


Bagi merealisasikan tema kem, ‘The Journey of a Caliph: Revolution from Within’, aktiviti fizikal seperti riadah dan jungle trekking turut menjadi pengisian program. Kem tersebut telah menerima respon positif para pensyarah, jawatankuasa ABI dan peserta kem serta dianggap berjaya memenuhi hasrat kem.



Tuesday, September 04, 2012

Barisan ABI 2012/2013

3 Sept 2012 - Perlantikan baru jawatankuasa ABI telah diadakan. Berikut adalah senarai pelajar Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) yang telah dilantik dalam jawatankuasa ABI:

Majlis Tertinggi ABI
Presiden: Mohd Syakir Mohd Rosdi
Timb. Presiden: Murni Yusoff
Bendahari: Azrin Ibrahim

Biro ABI
Biro Penerangan & Perhubungan Luar: Azreen Hamiza
Biro Kerohanian: Shahir Akram
Biro Sukan & Rekreasi: Mohd Rizal
Biro Tarbiah: Khairul Faizi
Biro Publisiti, Multimedia & Alumni: Wan Norhaniza

Wednesday, March 07, 2012

Bengkel Buku DBP-ISDEV Siri 2

En. Abdul Karim selaku ketua editor memberi penerangan kepada peserta-peserta bengkel


Bengkel Penulisan DBP-ISDEV Ke-2 yang diadakan pada
RABU 7 MAC 2012,
BERMULA 9.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
DI BILIK PERSIDANGAN SAINS KEMASYARAKATAN.

Semasa bengkel siri pertama berlangsung Tuan Haji Jamaluddin dan peserta-peserta bersetujui dikehendaki menyiapkan tiga bab draf buku masing-masing untuk disemak oleh para editor dari DBP pada bengkel siri kedua.

Empat orang editor dari DBP yang turut hadir memberi bimbingan

Semasa bengkel kedua ini, empat orang editor DBP bersama dengan En. Abdul Karim hadir membantu peserta-peserta.

Bagi memudahkan semakan tersebut peserta-peserta diminta membawa hardcopy tiga bab pertama masing-masing tersebut ke bengkel tersebut. Semasa bengkel tersebut juga peserta-peserta diperkenalkan kepada editor masing-masing untuk terus dibimbing bermula dari bengkel tersebut hingga selesai buku diterbitkan, InsyaAllah.

Friday, February 10, 2012

Perbentangan Cadangan Tesis Suraya Ismail dan Mohamad Helmi Hidthiir

Tarikh: 10 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)
Masa: 9.00am - 12.00 pm
Tempat: BILIK PERSIDANGAN C06

Suraya Ismail sedang membentangkan kertas kerja cadangan tesisnya

Nama Calon 1: Suraya Ismail
Tajuk Tesis: Pemikiran Ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS
) di Malaysia dan Implikasinya ke atas Pembinaan Produk Perbankan Islam
Penyelia Utama: Profesor Muhammad Syukri Salleh

Penyelia Bersama: Dr. Fadzila Azni Ahmad
Penilai: Dr. Zakaria Bahari

Mohammad Helmi membentangkan cadangan tesisnya

Nama Calon 2: Mohamad Helmi Hidthiir
Tajuk Tesis: The Macroeconomic Condition and Debt-Financing Mode: An Empirical Analysis of Financing Risk, LIquidity Risk and Financial Stability on Islamic Banks in Malaysia
Penyelia Utama: Dr. Zakaria Bahari
Penyelia Bersama: Dr. Fadzila Azni Ahmad
Penilai: Dr. Tajul Ariffin Masron


Tetamu dari Terengganu

Majlis perbentangan cadangan tesis ini juga dihadiri oleh beberapa orang tamu daripada Terengganu. Antaranya Ust. Wan Firdaus dan Ust Muhammad Yusuf.

Sebahagian daripada pelajar perempuan ISDEV yang menyertai majlis. Kelihatan juga Nurhanani yang merupakan pelajar baru ISDEV (tiga dari kiri).

Pelajar baru PhD ISDEV Nurhanani. Tajuknya kajiannya adalah berkaitan Penggunaan Ahl Hadith Mengumpul Hadith Dalam Usaha Mengaplikasikannya Kaedah Penyelidikan Islam

Sebahagian daripada pelajar lelaki ISDEV yang menyertai majlis

Wednesday, February 08, 2012

Bengkel Buku DBP-ISDEV Siri 1

Tuan Haji Jamaluddin selaku fasalitator bengkel

Bengkel Buku DBP-ISDEV Siri 1 diadakan pada 8 Februari 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang bertempat di Bilik Persidangan Sains Kemasyarakatan (C06). Kehadiran semua peserta yang telah menyerahkan judul masing-masing dalam bengkel yang lalu adalah untuk memurnikan lagi manuskrip buku yang hendak diterbitkan.

Semasa bengkel ini berlangsung, peserta dikehendaki membentangkan perkembangan penulisan buku masing-masing agar mencapai sasaran untuk menyerahkan manuskrip lengkap masing-masing pada akhir Mac nanti, InsyaAllah.

Tuan Hj Jamaluddin selalu Ketua Editor Buku Umum DBP memberi penerangan beliau

Melalui bengkel ini semua peserta diberi peluang untuk mengemukakan apa jua masalah yang timbul kepada Tuan Haji Jamaluddin Mohd Sulong yang merupakan Ketua Editor Buku Umum Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menjadi fasilitator di bengkel tersebut.

Tajuk yang hebat boleh membuka mata pembaca untuk membeli buku tersebut


Antara peserta perempuan


Antara peserta lelaki

Thursday, February 02, 2012

Lecture Series on Contemporary Islam in Malaysia

Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid


Sebahagian peserta dari Agder University dan Bergen University College, Norway.


Dr. Zakaria (kiri) memberi penerangan kepada salah seorang peserta.


Semasa sesi kudapan


LECTURES SERIESON CONTEMPORARY ISLAM IN MALAYSIA
2 Februari 2012 (Khamis)
Bilik Persidangan C06, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

"Lecture Series on Contemporary Islam in Malaysia" anjuran ISDEV yang dihadiri oleh seramai 30 orang siswa-siswi bersama pensyarah mereka dari Agder University dan Bergen University College, Norway.

Aturcara program:

9.00 – 10.00 am
“The Use Of The Name Of Allah s.w.t." oleh Dr. Sheikh Abdullah”(Pusat Pengajian Jarak Jauh, USM)

10.00 – 10.30 am
Kudapan

10.30 – 11.30 am
“Bumiputra Policies In Malaysia” oleh Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid (Pusat Pengajian Jarak Jauh, USM)

11.30 am – 12.00 pm
Dailog bersama Dr. Sheikh Abdullah dan Dr. Ahmad Fauzi

Tuesday, May 31, 2011

Penyeliaan Bulanan Siswazah ISDEV

Hari ini, tanggal 6 Mei 2011 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1432 H, pengajian Ph.D ku telah berusia satu bulan 6 hari. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasanya macam baru semalam mendaftar.

Walau apapun perasaan yang timbul, akuilah bahawa waktu kian berlalu dan masa kian meninggalkan kita. Oleh itu, jangan berhoney moon dan berlengah lagi. AYUH..tingkatkan momentum untuk terus berusaha dengan gigih agar pengajian Ph.D dapat diselesaikan mengikut masa yang telah ditentukan.

Apa yang istimewanya menyambung pengajian di ISDEV adalah bimbingan daripada para pensyarahnya. Hari ini, sebagaimana biasa program bulanan yang dianjurkan oleh ISDEV, penyeliaan bulanan siswazah ISDEV telah diadakan di C06 (bilik mesyuarat PPSK, USM) bermula seawal jam 9.30am. Terdapat 5 perkara yang menjadi tunjang kepada perjalanan penyeliaan ini iaitu:

*Tazkirah (telah disampaikan oleh Prof. Muhammad Syukri Salleh).*Perbincangan masalah yang dihadapi oleh para pelajar.*Kuliah pernyataan masalah yang disampaikan oleh Prof. Muhammad Syukri Salleh.*Perbincangan pernyataan masalah kajian pelajar.*Santapan fizikal (jamuan makan)

Tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Prof adalah "Susah sangatkah menulis tesis?". Tajuk ini sebenarnya sangat bagus dan mempunyai hubung kaitnya dengan para pelajar ISDEV. Semua pelajar ISDEV baik yang sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D mahupun sarjana mengakui susah dan sukar untuk menulis. Terdapat 29 jenis halangan dan hambatan yang dihadapi oleh pelajar ISDEV. Rupanya benar. Menulis dan menghasilkan sebuah tulisan akademik bukannya mudah sebagaimana menyuap nasi ke dalam mulut. Menulis tesis menuntut pengorbanan dan usaha yang gigih.

Di akhir tazkirah, Prof menyatakan beberapa penawar yang bleh diusahakan untuk menyelesaikan kesusahan dan hambatan yang menyukarkan proses menulis tesis. Antara penawarnya ialah:

Selesaikan masalah asas dengan tingkatkan rasa berTuhan, tazkiyah an-nafs (tundukkan mazmumah dan tingkatkan mahmudah) -iman dan taqwa-perkuatkan hablumminallah dan hablumminannas.

Alhamdulillah, hasil diskusi dalam sessi seliaan yang memakan masa selama 4 jam 15 minit, maka terungkailah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ISDEV khususnya tentang kesukaran menulis tesis dan membuat pernyataan masalah serta menghubungkannya dengan latar belakang, objektif, persoalan kajian dan kaedah penyelidikan.

Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah ISDEV yang tidak pernah jemu dalam membimbing dan mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.


Prof. Muhammad Syukri Salleh dan barisan pensyarah sedang meneliti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ISDEV.


Pelajar muslimin memenuhkan ruang di bahagian kiri bilik C06, manakala pelajar muslimat pula memenuhkan ruang di sebelah kanan bilik C06.


Barisan pelajar muslimat Misdev '10. Rosyada sedang berkongsi masalah yang dihadapi.


Barisan pelajar muslimin yang hadir dari Indonesia dan Malaysia.

Slide tazkirah yang disampaikan oleh Prof.


Barisan pensyarah ISDEV (Dari kiri: Dr. Sukainah, Dr. Zahri, Prof. Muhammad Syukri Salleh dan Dr. Zakaria)

Antara wajah-wajah pelajar Ph.D dan Sarjana yang menyambung pengajian di ISDEV.

daripada Saudari Azrin Ibrahim, calon Doktor Falsafah ISDEV