Friday, July 02, 2010

Pelawaan Pencalonan Bagi Anugerah Tan Sri Dato' Muhyiddin Hj Mohd Yassin 2010

PELAWAAN PENCALONAN BAGI
ANUGERAH TAN SRI DATO' MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 2010



ANUGERAH TESIS TERBAIK
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN 2010

Pencalonan adalah dipelawa daripada individu atau institusi untuk Anugerah Tesis Sarjana Terbaik Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin dan Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bagi tahun 2010. Maklumat tentang Anugerah ini adalah seperti berikut.

Pengendali:
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Tujuan:
Mendorong penghasilan tesis Sarjana dan Doktor Falsafah berkaitan Islam dalam pelbagai bidang yang bermutu tinggi dan memberi pengiktirafan yang setimpal serta menerbitkannya untuk dicontohi oleh para sarjana yang lain.

Kategori:
1. Anugerah Tesis Sarjana Terbaik
2. Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik

Nilai Anugerah:
1. RM 10,000.00 dan Sijil bagi Anugerah Tesis Sarjana Terbaik
2. RM 15,000.00 dan Sijil bagi Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik

Calon:
Terbuka kepada pemegang Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah berwarga Malaysia yang telah menghasilkan tesis berkaitan Islam bermutu tinggi dalam apa jua bidang dan menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya di mana-mana universiti seluruh dunia pada tahun 2009 atau 2010.

Pencalonan:
Boleh dibuat oleh universiti calon atau oleh calon sendiri dengan mengirimkan:
(i) surat menyatakan hasrat pencalonan;
(ii) borang pencalonan yang telah diisi;
(iii) bukti yang mengesahkan calon telah lulus pengajian dengan jayanya;
(iv) satu naskhah tesis berkulit keras; dan
(v) dua naskhah tesis berkulit lembut kepada:

Pengarah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Malaysia

Borang Pencalonan:
Tesis-tesis yang dikirimkan sama ada berjaya atau tidak, tidak akan dipulangkan.

Tarikh Akhir Pencalonan:
31 Ogos 2010

Majlis Penganugerahan:
November 2010

Maklumat Lanjut:
Pengarah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Malaysia

Tel: (+6)-04-653 2656 (+6)-04-653 2656 / 3422 / 4601 / 2655
Faks: (+6)-04-653 2124
Emel / Email: syukri54@gmail. com
Laman Web: http://isdev. usm.my
Laman Sawang Anugerah:
http://isdev. usm.my/view. asp?idnews= 789&idcat=8


Saya yang menjalankan tugas,

Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh
Pengarah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Malaysia


Tel: +6-04-653 2656 / 3422 / 4601
Fax: +6-04-653 2124
http://isdev. usm.my/
Alternative email: syukri@usm.my

No comments:

Post a Comment