Saturday, August 21, 2010

Aktiviti ABI Julai - Ogos 2010

Lama ABI tidak update blog. Sibuk bercampur dengan lupa, akhirnya hampir dua bulan telah berlalu sejak entri yang terakhir. Sibukkan apa ya?

JULAI
Alhamdulillah, pada 3 Julai yang lalu, ISDEV telah menerima ahli baru daripada rancangan pengajian Sarjana PengurusanPembangunan Islam sidang 2010/2011 (MISDEV10). Seramai 13 orang pelajar Sarjana mengikuti rancangan pengajian tersebut dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada yang pernah terlibat dengan politik, kakitangan kerajaan, serta graduan lepasan universiti dalam dan luar negara. Nampaknya, semakin hari semakin banyak golongan bijak pandai menjadi ahli ISDEV.

OGOS
1 Ogos lalu, ABI bersama-sama para pensyarah ISDEV berkunjung ke Medan, Indonesia untuk mengikuti bengkel dan seminar yang dianjurkan di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU).

No comments:

Post a Comment