Thursday, October 07, 2010

Dunia yang terbejat

Kiriman emel yang difoward

Semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

Menurut penghantar e-mel berkenaan, taktik yang sama turut digunakan dua tahun yang lalu di Kelantan.

Penerangan dari Bala

Bala, seorang pakar jenayah seperti Kamal Afendi Hashim pernah berkunjung ke USM untuk memberikan 'talk' mengenai jenayah dan taktik yang digunakan dalam melakukannya. Menurut beliau, banyak cara yang boleh dilakukan oleh penjenayah untuk menculik. Antaranya memasukkan pil khayal ke dalam tin atau botol minuman dengan jarum yang halus sehingga air yang berada di dalamnya tidak keluar.

Bala juga menceritakan jika perempuan diculik setelah disuntik dengan ubat pelali, tidur atau yang seangkatan dengannya, si penculik akan menukarkan baju, menggunting rambut, menyolek mangsa dan membasahkan badannya dengan arak. Semuanya bertujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa, rakan mangsa atau sesiapa sahaja. Menurut beliau lagi, sekiranya kita menyedari rakan kita diculik, kita mungkin tidak dapat berjumpanya lagi kerana imej telah ditukar. Walaupun dalam masa yang singkat kita telah melaporkan kepada pihak bertanggungjawab, dengan menyatakan rakan kita memakai baju warna ini, tudung begini, bawa beg begini dan begini tetapi hakikatnya semuanya tidak sama. Bahkan boleh jadi kita yang terserampak dengan rakan kita yang diculik tersebut tidak mengenalinya.

Menurut Bala, penculik menggunakan kereta mewah bercermin gelap untuk membawa mangsa. Apabila polis mengadakan sekatan dan menahan kereta tersebut, penculik boleh menerangkan bahawa mereka mambawa anak VIP yang sedang mabuk, kerana bau simbahan arak ke badan rakan kita tadi seolah-olah mengiakan perkara tersebut. Status VIP yang ada pada seseorang membuatkan pihak berkuasa tidak terlalu masuk campur perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Jadi keadaan ini membuatkan penculik mudah melakukan jenayah.


Cerita dan tazkirah dari Prof Syukri

Dalam kuliah pelajar ijazah pertama, Prof Syukri memberi nasihat kepada pelajarnya berkenaan keadaan dunia hari ini. Banyak kisah yang prof ceritakan berlaku kepada pelajar universiti sekarang.

Prof ceritakan berkenaan beberapa kejadian pelajar perempuan yang tertipu dengan lelaki. Ramai antara kita yang tertewas dengan pujukan helah lelaki, mahupun hawa nafsu sendiri. Namun, ada juga yang baik dan solehah ditipu oleh lelaki. Moga-moga Allah jauhkan kita dengan perkara yang semacam ini.

Kisahnya bermula bila seorang pelajar yang berkenalan dengan seorang lelaki. Lelaki ini seorang ustaz. Baru sahaja berkenalan terus diajak oleh lelaki tersebut untuk bernikah. Lelaki tersebut telah memiliki anak seramai dua orang hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya. Mereka telah berpisah sepuluh tahun yang lalu.

Kemudian setelah buat kerap kali solat istiharah, setiap kali pelajar perempuan tadi sering bermimpi yang menandakan bahawa lelaki tersebut adalah pilihan terbaik untuk dijadikan suami. Jadi pelajar perempuan tersebut bersetuju. Masalahnya keluarga pelajar perempuan tadi tidak menerima pilihannya. Tetapi bila dah lama-lama keluarganya bersetuju dan tarikh pertunangan telah ditetapkan pada 10.10.2010. Namun mereka akhirnya tidak jadi bertunang.

Menurut Prof, ibu bapa pelajar perempuan tadi telah menerima dua pucuk surat supaya pertunangan sekaligus perkahwinan dengan lelaki tersebut jangan diteruskan. Akhirnya apabila identiti lelaki yang dikenali sebagai ustaz ini disiasati dengan menelefon majikan lelaki tersebut, ramai yang mengatakan jangan berkahwin dengannya.

Pelajar perempuan tadi dibawa berubat. Rupa-rupanya lelaki tersebut telah menggunakan ilmu supaya setiap kali dia bermimpi, mimpi tersebut menandakan lelaki tersebut adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami kepadanya. Ia berlaku melalui sentuhan. Menurut pelajar perempuan tadi, memang ada mereka bersentuhan tangan yang pada mulanya dirasakan oleh perempuan tersebut berlaku secara tidak sengaja. Rupanya memang disengajakan oleh lelaki tersebut. Kemudian lelaki tersebut juga pernah memberikannya sebiji gula-gula. Juga ada ayat yang lelaki tersebut bacakan pada gula-gula tadi.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga telah memberikan air yang telah dijampinya kepada pelajar perempuan tersebut untuk diserahkan kepada kedua ibu bapanya supaya mereka lembuat hati untuk menerima lelaki tersebut sebagai menantu mereka. Tetapi berkat doa yang dibacakan olah pelajar perempauan tadi sewaktu menuangkan air kepada kedua ibu bapanya, dia membaca doa sebagimana di bawah;

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".*

Dengan izin Allah s.w.t perkara yang tidak baik yang dirancang oleh lelaki tadi tidak berlaku kepada ibu dan bapanya.

Nasihat Prof kepada pelajar-pelajarnya agar yang lelaki jangan jadi jahat sebab bila sekarang kita buat jahat pada orang perempuan, nanti akan datang orang akan buat jahat pada anak kita. Kepada yang perempuan pula Prof nasihatkan tak usahlah layan lelaki sangat. Bila diusik sikit terus melayan.

Kesimpulannya, berhati-hatilah. Dunia ini penuh hitam putihnya. Masalahnya sukar sekali untuk kita menilai mana yang benar-benar putih dan mana pula yang hitam. Moga Allah memelihara kita daripada yang hitam. Juga yang kelabu.



عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ عُثْمَانَ رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Maksudnya:

Daripada Aban bin Utsman, daripada Utsman, Rasulullah SAW telah bersabda "Sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Dipetik dari blog Radieah Mohd Nor, Naib Presiden ABI yang merupakan calon Ph.D ISDEV

3 comments:

  1. Email yang mengandungi berita kanak kanak itu palsu sebenarnya @ hoax. Dibuat bertujuan supaya massa bertindakbalas secara panik. Dan, belum ada pun kejadian seperti yang didakwa itu berlaku.

    Saya tak kenal Bala siapa dan saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Kalau namanya mencolek, kenapa perlu lalu sekatan jalanraya? Bukankah pencolek telah terlebih dahulu membuat research seperti tujuan, sasaran, laluan larian dan transit sebelum melaksanakan niat jenayah itu?

    Maklumat hasil pembacaan berbanding pengalaman sebenar adalah sesuatu yang sangat berbeza dan pendapat saya di atas adalah berdasar pengalaman saya dan rakan2 sedunia dalam bidang law enforcement dan dunia jenayah.

    Apapun, yang penting adalah sentiasa berwaspada dan bersedia bertindak dalam kecemasan.

    kamal fnd hashim

    ReplyDelete
  2. En. Kamal,

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu pengetahuan di sini. ABI hanya berkongsi setakat ilmu yang cetek, sudah tentu berbeza sekali dengan ilmu yang dililiki oleh En. Kamal. Terima kasih sekali lagi atas perkongsian tersebut

    ABI
    26 November 2010.
    4:00PM

    ReplyDelete
  3. Lucky Club Live Casino Review (2021) | LuckyClub.live
    Lucky Club Casino Review (2021) A few of the top providers we've luckyclub been waiting for are: Unibet.com; LeoVegas; Intertops; Spin.

    ReplyDelete