Monday, March 22, 2010

Cukuplah Mati Sebagai Peringatan


Alhamdulillah.
Usrah kali kedua untuk pelajar muslimat PhD telah berjalan seperti usrah sebelumnya.
Usrah kali ini diadakan di Pusat Sumber ISDEV. Seramai enam orang pelajar PhD telah mengikutinya.

Banyak perkara telah dibincangkan terutama sewaktu sesi taaruf walaupun usrah sebelumnya kami telah bertaaruf tetapi kali ini lebih kepada mengenai perkembangan penyelidikan masing-masing.

Tajuk usrah kali ini adalah berkenaan 'Cukuplah Mati Sebagai Peringatan'.
Walaupun mati merupakan sebaik-baik peringatan tetapi hanya hati sahaja yang boleh menilai peringatan tersebut dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana kematian adalah perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dinilai oleh akal fikiran manusia.

Oleh itu, peliharalah hati dengan sebaik-baiknya kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya di dalam diri seseorang itu ada seketul daging. Jika baik ia maka baiklah seluruh anggota, dan jika rosak ia maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah bahawa ia adalah hati".

Jadi peliharalah hati dengan sebaiknya.

Oleh kerana itu diharapkan setiap perkara yang kita lakukan diharapkan dapat menjadi bekal untuk kita ke akhirat sana. Penyelidikan, kertas kerja, tesis dan sebagainya yang dilakukan oleh kita juga sekurang-kurangnya dapat membantu kita meluaskan kubur kita dan orang disayangi oleh kita nanti. Mudah-mudahan masa yang kita habiskan untuk belajar, membuat penyelidikan dan sebagainya dinilai oleh Allah s.w.t sebagai sebuah kebaikan untuk meninggikan Islam itu sendiri. Sesungguhnya Islam itu tinggi. Tiada yang tinggi melainkannya.

No comments:

Post a Comment